Tuesday, March 29, 2011

Menyusuri derita

Pengalaman melawat wad Pediatrik Kanak2 untuk pesakit Kanser di PPUM baru-baru ini benar2 menyedarkan saya bahawa semua perkara dunia ini adalah milik Allah swt. Bahagia mahupun derita juga adalah kurnia dari Allah. Tak mampu kita untuk melawan takdirnya. Namun teruslah berdoa dan berdoa sesungguhnya Allah itu maha mendengar.

Ada orang yang dilahirkan derita, tetapi akhirnya bahagia..
dan ada yg bahagia diuji sedikit dengan derita...
Sesungguhnya kepunyaan Allah apa jua yg ada di langit dan dibumi ini.

Melihat anak2 kecil ini melawan penyakit yang dideritai mengundang rasa sebak dalam diri.
Walaupun kesakitan namun anak2 kecil ini sentiasa menguntum senyuman, sentiasa ingin bermain2 seperti anak2 yang lain. Andainya diri ini diuji sebegini tidak pastilah sama ada saya masih mampu menguntum senyuman..:-(

Rasa bangga dan kagum kepada yang menjaga anak2 ini..bertukar ganti ibu bapa, pakcik makcik dan datuk dan nenek menjaga anak2 kecil ini.Tanpa keluh dan resah seakan Allah meminjamkan kekuatan yang bukan sedikit untuk mereka semua....

Benarlah bagai dikata,ujian Allah itu bukan hanya untuk yg mengalaminya, tetapi ia juga adalah ujian untuk semua yang berada dikelilingnya...
Moga kita semua menjadi lebih tabah dan beriman dengan ujian Allah.
Amin

Antara lukisan yang dilukis oleh anak2 kecil ini. Bagai mengerti makna bahagia..itulah yang mereka pamerkan atas kanvas bisu ini. Saya tertanya2 sendiri adakah anak2 ini telah sihat walafiat atau bahagia menemui penciptanya...........



Aisy( cucu abang iparku)..katil 13..semoga sembuh cepat. Ya Allah kabulkanlah doa ku ini


Tidur lena selapas lunch