Sunday, December 28, 2008

keletah kanak2

aksi husna n laila
teringat zaman dulu,mungkin aku keletah gini jugak kot
tapi takder camera utk merakamkan aksi sebegini..
bertuah anak zaman sekarang.....




Sunday, December 21, 2008

Happy Birthday Faez n Farhan

Hape Birthday utk 2 anak sedara aku yg comot ni
Faiz ke 15 dan farhan ke 14. Mereka berkongsi tarikh yang sama iaitu 20 Dis. Cuma beza tahun. Dari kecil sampai besar biasanya mereka akan celebrate birthday sama2..
tapi ini masuk tahun ke dua mereka celebrate sendiri.Menadangkan Farhan sekarang Di korea Selatan,maka tak dapat la kami berkumpul2 makan2 meraikan hari lahir 2 teruna ni.

Pejam celik pejam celik cepatnya masa berlalu.Rasanya baru lagi mengayunkan buaian menidurkan mereka.keduanya rapat dengan aku masa kecil.faiz kuat menangis dan baran sikit masa kecilnya..dah besar sopan santun lak.Farhan dari kecil comel sgt dan pandai ambil hati org...dan besar2 ni chubby dan kuat makan!haaa.hhhhhhaaa..sekarang kedua2nya dah lebih tinggi dari makciknya ni,.

Walaupun jauh dimata buat jugak la kek untuk kedua mereka..Farhan..rasalah kek diangin lalu.
Untuk keduanya diucapkan Slmt panjang Umur,Murah rezeki dimudahkan belajar dan berjaya dunia akhirat

Farhan yg pakai cermin mata tu.sebelahnya adiknya...dan juga husna


Ini faez masa kahwin Pakcu,Letih ajer..tapi tak nampak kerja pung...ishhh kompius!


Ini kek Pakcik Fadzil buat..
FaezFahmey dan Farhan Naim...muahhhhhh!

Tuesday, December 9, 2008

Melayan karenah sikecil

Semenjak dua menjak ni Husna suka makan Mc donald atau KFC.Kalau lalu Sek 2 Shah Alam,nampak Mc D kat Bulatan tu terus jerit2 nak Mc donald..terpaksa la mamanya bw kereta ke drive through..malas nak parking..malas nak masuk dalam Mc d.So pi ajer la kaunter pandu masuk.....
Baru ni pergi byr duit kereta kat Affin Bank komplek PKNS. Tiba2 ajer Husna menangis kata lapar. mama kata jap lagi kita pi kedai beli meehoon goreng...Husna terus nangis sambil mulut jerit2 tak nak..abis nak apa...tu KFC(sambil tangan menunjuk kearah KFc yang tak berapa jauh dari kereta...adussss..sejak bila la budak ni pandai makan makanan segera ni?
Bila masuk KFC saya belikan dia set kids meal yang ada nugget..untuk husband saya belikan set 2 ketul ayam ori...yg harunya husna tak mo makan nugget..dia nak makan ayam yang ada tulang..tgkla aksinya makan ayam sampai ketulang..akhirnya abahnya dapat seketul ajer ayam selepas seketul lagi husna habiskan..:-)

Lihat la ,husna makan sampai ke tulang ayam

peaceee!!!!!!!!!!!!!!!1

Jgn kacau la..tgh sedap ni tau!!!!!

Nyum Nyum Nyum..sedapnyaaaaaaa