Wednesday, October 20, 2010

You can never get this opportunity again

Walaupun seharian penat di ofis, adakalanya permintaan anak2 sgt sukar untuk ditolak. Menatap wajah manja yang minta dibelai dan dimanja bagai meragut rasa letih yang bertapa dalam diri. Macam itulah diri saya. Setiap kali pulang dari mengambil anak2 kami akan melalui taman permainan dikawasan perumahan. Husna seperti biasa akan request untuk bermain ditaman. Jika diikut rasa badan mmg tak larat nak singgah..mahu pulang segera kerumah untuk berehat. Lalu pujuklah hati untuk tidak menghampakan anak2.. Say kerumah dulu mengambil suami( Tak larat nak jaga sorang budak2 ni). Bila sampai ditaman si kecil mahupun sibesar (termasuklah abahnya) bergembira bermain ditaman.

Mmg saya jarang bawa anak2 bermain ditaman. Kesibukan suami sepanjang minggu dengan keknya menyebabkan kami mempunyai masa yang amat terhad bagi berlibur2 sebegini. Anak2 hanya diajar untuk bermain didalam rumah( Mesti depa tension ajer). Kalau ada sepupu2 datang barulah nampak aktiviti bermain itu lebih ceria.....

Saya selalu mengingatkan diri, perkembangan anak antara umur 0 -6 tahun amat lah penting. Menurut Montessori fasa ini adalah 'sensitive period' bagi kanak-kanak. Para saintis menamakan pasa ini sebagai 'critical period' & Piaget memanggil fasa ini 'sensorimotor period'.

Sebagai ibu bapa kita sepatutnya megambil peluang ini untuk memberi pengalaman yang bermakna & menyeronokkan kepada anak-anak kita. Jangan sekali-sekali tinggalkan anak sepanjang hari, 7 hari seminggu bersama bibik. If we miss this period, we will miss it forever. Ada duit sebanyak mana pun kemudian hari, you can never get this opportunity again. Mengingatkan perkara ini saya rasa sgt tercabar untuk menjadi seorang ibu yang tidak merasa rugi dikemudian hari...
Berdoalah kepada Alllah semoga beliau memudahkan atas setiap perkara yang sukar ini..
Husna and Ammar...jom petang ni kita pergi taman lagi....:-))))


Ammar yang tak sabar nak explore Playground


Husna n Ammar ceria dalam buaian.Husna minta buai laju2...


Aikkkk abah pun ada...Abah ajar teknik man buai kat Husna...mcm tak paham ajer husna tu


Husna mencuba teknik yang dipelajari.aiseymen awat buai ni tak leh jalan


Main papan jongkit la..besh besh


Ammar dalam buai....