Monday, March 29, 2010

Seoul: Part 1

Alhamdulillah. Kami sampai di Incheon jam 6.30 pagi. PErjalan hampir 6 jam amat menyeksakan bagi aku. Bukan apa Amar yg duduk diriba asyik dan menyusu ajer. Walaupun pramugari beri tempat untuk tidur untuk Ammar tapi Ammar tak nak tdo dalam tu. maybe sbb tempat yang kecil.

Sampai ajer di Incheon kami disambut oleh abang dan Kak Yang. Terkejut sbb Kak Yang datang bertongkat..walla...main ski sampai kaki terseliuh!. Budak2 tak ambil sbb depa bersekolah.Sepagi di Korea rehat2 ajer...petang terus shopping!. Nanti sambung entry lain!




Tuesday, March 23, 2010

Sedarkah Kita..........

Saya terkejut dengan kenyataan oleh Dato' Syed Mohd. Alwi, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang disiar dalam akhbar The Star hari ini Isnin 07 Rabi'ul Akhir 1431/ 22 Mac 2010 di mukasurat N.49 mengenai gejala kelahiran anak luar nikah dikalangan gadis Melayu beragama Islam.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan, bagi tahun 2009 sahaja, jumlah Anlun yang dilahir dan didaftarkan dikalangan gadis Melayu beragama Islam yang ialah 17,300. Ini bermakna setiap hari tahun lepas, purata 2 orang An-Lun dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam.

Bagi tempoh 2004 sehingga 2009 pula, jumlahnya adalah 74,723. Ini bermakna setiap tahun purata An-Lun yang dilahirkan oleh gadis Melayu beragama Islam adalah seramai 14,945 orang. Ini bersamaan dengan purata 2 orang An-Lun dilahirkan setiap hari.

Ini baru perangkaan yang dapat dikesan dan didaftarkan. Bagaimana pula dengan yang tidak dapat dikesan dan tidak didaftarkan! Ini satu isu yang menggerunkan.

Dan persoalan besar yang saya mahu tahu ialah kemana perginya An-Lun ini yang begitu ramai. Saya ada mendapat maklumat ramai dikalangan bayi-bayi tidak berdosa ini dihantar ke rumah perlindungan bukan Islam. Malahan ada maklumat menyatakan bayi-bayi ini diambil sebagai anak anglat oleh orang bukan Islam.

Cuba bayang dalam tempoh 5-7 tahun lagi, bayi-bayi berbangsa Melayu ini akan mendaftar dan bersekolah dengan anak-anak Islam yang lain, bercampur gaul, berkawan dan berteman dengan mereka!. Dengan rupa Melayu mereka, tetapi berlainan agama, saya boleh bayang apa musibah yang bakal melanda bangsa Melayu umat Islam tidak lama lagi! Na'uzubillah min zaalik, moga ALLAH menjauhkan kita daripada fitnah ini.

Dipetik dari : Zul



Mari lah rakan-rakan ku,
marilah sanak saudara ku
marilah semua umat islam
Kita jaga keluarga kita
kita jaga masyarakat kita
supaya perkara ini tidak berlarutan
Jauhkan lah kami dari kejahatan ini Ya Allah

Friday, March 5, 2010

Tolong Hentikan!!!!!!!!!

Belum pun selesai kes Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, yang mati ditendang dan dipijak teman lelaki ibunya, minggu lalu, seorang lagi kanak-kanak berusia 18 bulan pula menjadi korban terbaru kes penderaan

Dalam kejadian di Pangsapuri Bestari Damansara, Kayu Ara di sini, malam kelmarin, K Hares-varran dikatakan dipukul dan dipijak suami jiran keluarganya hingga menyebabkan hati kanak-kanak lelaki itu pecah dan enam tulang rusuknya patah

Tidak tercapai akal saya kenapa la sebegitu kering hati pembunuh kanak2 ini. Saya cuba membayangkan kedua kanak2 ini menjerit, merayu, menangis , meraung minta dilepaskan...tetapi syaitan2 ini terus menerus memijak , menolak , menumbuk dan segala macam perlakuan yang amat dasyat untuk dibayangkan....Saya yang membayangkan sahaja telah berderaian airmata..apatah lagi jika ianya berlaku didepan mata saya.....

Sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, makcik yang mempunyai anak sedara yang masih kecil, saya merasa amat sedih dan terkejut dengan perlakuan kejam syaitan2 ini. Memang mereka tidak layak hidup di dunia ini. Apakah baran yang subur dihati syaitan ini perlu dilampiaskan pada anak kecil yang tidak berdoa?

Marilah saudara maraku, marilah rakan-rakan ku, marilah kenalan2 ku..Kita sama-sama menjadikan dunia ini selamat diduduki oleh anak2 comel kita, marilah kita menjadi sedikit busy body dalam urusan kehidupan supaya jangan kita ditanya di akhirat kelak apakah kita sekadar memejamkan mata melihat lebam disana luka disini didepan mata, apakah kita menjadi manusia yang tuli walau kita mendengar hampir setiap hari raungan dan tangisan mereka yang didera......Dan kepada pelaku keganasan yang bersifat penuh kebinatangan ini, Allah tidak pernah akan melepaskan engkau diakhirat kelak..walau mungkin balasan yang engkau terima didunia hanya secuit rasa......

Saya berdoa semoga semua anak2 yang ada di muka bumi ini akan dilindungi..Semoga hati2 mereka yang zalim ini akan ditutup oleh Allah untuk meneruskan niat kejahatan mereka....Semoga dunia ini menjadi tempat yang selamat untuk dihirup udaranya..Amin

Untuk Husna and Ammar, mama serahkan seluruh jiwa raga mama untuk anak mama tersayang...:-)