Monday, May 25, 2009

Oppss! Selasa sudah...

Setiap kali menjelang selasa, aku mesti nak balik awal ajer dari opis. Hari Selasa hari yg sgt sibuk. Sebelum pukul 7 malam, aku mesti siap masak untuk dinner..kalau tak my little girl akan tidur hingga ke pagi dalam kelaparan...

Alsebab kenapa semua kena buat cepat petang selasa sbb Husna ada kelas renang dari jam 2.30 ptg hingga 4.30 ptg. So bila ambil dia dari Nursery mmg dah lembik dan keletihan yang teramat sangat. Kekadang masuk kereta terus tertido.Kalau tak tido pun mesti merengek sebab keletihan sangat. Terpaksa la sampai rumah ajer terus urut
kaki dan badannya...

Aksi dibawah adalah aksi sementara aku nak menyiapkan makan malam. Jam baru 6.30 petang.Husna duduk depan tv sambil tengok tv. Aku lak dok ralit memasak.Tiba2 macam perasan isshh napa senyap ajer kat depan.....Masyaallah..bila aku pergi kedepan inilah aksi Husna....Tidur dengan rupa yg sangat keletihan sampai tertonggeng....
Siannya mama tgk anak mama....
Dan setiap selasa aku tidak sabar menunggu jam 4.31 ptg untuk pulang ke rumah....



Tuesday, May 19, 2009

Bila husna demam

Husna demam teruk minggu lepas.
tgk la muka dia moyok ajer.
tapi mujur la dia nak makan ubat ,minum air dan makan bubur.
so demam nya cepat jugak pulih walaupun suhu badan tinggi....
walaupun demam husna nak makan sendiri.tak nak mama suap.
tido ajer nak bawah ketiak mama..kuii..kuiiii....
Bila husna demam mama rindu aksi -aksi nakal dia.
Kalau sihat terkinja2.bila demam lembik habis...
Bila mama tgk gambar ni abru mama perasan..ishh kurus la anak mama ni!!!


Wednesday, May 13, 2009

Jangan perkosa negeriku


Saya ingin berkongsi satu pendapat yang saya kira amat menarik berkaitan dengan krisis di Perak.Sedih, marah, geram...berbagai perasaan berbaur dalam hati saya dan juga saya pasti dikalangan PERAKIAN yang lain juga...
Saya menyeru supaya Bubarkan DUN, kembali kepada kuasa kepada rakyat untuk memilih apa yang terbaik untuk kami..Jangan perkosa negeri kami!


Artikel dipetik dari: http://zul4kulim.blogspot.com/Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.

Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.

Namun undang-undang memperuntukkan dibawah
Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".

Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).

Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.

Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.

Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.

Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.

Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.

Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.

Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu" (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).

Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.

Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.

Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!

Saya khuatir keputusan Haim Datuk Ramly akan mengujudkan satu "precedent" baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini.

Zulkifli Bin Noordin
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu
17 Jamadil Awal 1430