Tuesday, January 29, 2008

Aku yang tak sihat...

Dah dua hari tak sihat..sangat2 rasa tak sihat....Semalam selesema dengan teruknya,
Kalau ikut sejarah aku, penyakit selesema ni pasti akan diikuti dengan asma yang teruk..kecuali ubat selesema di ambil awal...
Semalam rasa mcm endah tak endah dengan selesema teruk yang datang..akibatnya tengah2 malam aku sesak nafas...:(. Pagi ni pergi ambil nebulizer kat klinik..Sampai sekarang belum sembuh spenuhnya.....waaaaaaaa.....kerja ofis menimbun2!, ada 3 laporan kena hantar, Khamis ni ada taklimat EFiling yang aku kena handle......besok patutnya setting untuk taklimat tu semua dah siap....harap2 esok aku sihat dan boleh pergi kerja...........Tengok la ubat2 aku ni
1. Ventolin inhealer
2. Inflammide
3. Seritide
4. Antibiotik
5. Ubat cair kahak
6. panadol
dan last sekali DADAH aku
7. White tiger balm (ubat penenang aku!!)
korang tak kesian ke???

p/s.blog ni dah lama juga aku buat.tapi baru letak stat counter..tak kisah la...

Friday, January 25, 2008

Betul ke.....

Mengikut satu kajian....
Salah satu cara menguruskan badan adalah dengan mengurangkan nafsu makan.....
Maka salah satu cara mengurangkan nafsu makan adalah dengan memastikan pinggan yang digunakan adalah berwarna biru....Pinggan warna biru dikatakan mampu menyekat selera makan seseorang.....Isshh betoi ke ni?????? Jom kita cubaaa( Nampak gayanya lepas ni kena beli set pinggan mangkuk warna biru la....)

Tuesday, January 22, 2008

Syukur atas nikmatnya


Alhamdulillah saya dan hubby dapat menyempurnakan ibadah puasa 10 dan 11 Muharam lepas.Musim panas sekarang rupanya mmg banyak menduga keimanan umatnya.Tambahan kedua hari adalah hari cuti...masa terasa amat panjang......
Menu berbuka 11 Muharram..mee kari....dala kepenatan lepas menemankan husna berenang
di Pusat Akuatik Shah Alam, akhirnya saya memasak mee kari ini secara simple ajer..Inilah hasilnya..

Saturday, January 19, 2008

Asam pedas gearbox

Selasa lepas pergi Pasar Seksyen 6 Shah Alam lepas kerja.Rasa macam teringin makan asam pedas. Tapi kali ni nak rasa sesuatu yg lain sikit..asik2 ikan asam pedas,...atau ayam..atau daging....
So minta hubby belikan gear box...sekali budak tu keluarkan punya la besar gedabak....hubby kata ok la..Harga? Rm 18...potong 4, budak pasar tu kata rebus dalam periuk 3 jam..bubuh sudu bagi lembut cepat...
Tapi kita pakai pressure cooker..30 minit cukup.....Masukkan kacang bendi dan terung kegemaran saya...tak lupa tomato kegemaran hubby..so jadila asam pedas....Tapi bila makan.......alamak!!!!!!!!!!1rasa macam muak pulak...so saya makan sikit ajerr..mcm tak mampu nak telan...last2 as usual..hubby tukang habiskan....gearbox masak asam pedas mmg sedap...mesti cuba...cuma cepat muak la....Ni asam pedas gearbox masih dalam periuk..

Thursday, January 17, 2008

Gi Swimming



Sejak2 kahwin ni, saya jarang berenang..masa bujang dulu almost setiap hari dok terjun dalam swimmming pool kat rumah sewa.....
Baru2 ni rasa macam hobi berenang datang balik..actuallly kat depan opis ni ada ajer kolam renang untuk public....tapi sbb perasaan malas tu kuat sgt ..ditambah beban kerja yang setiap hari..so hobi tu macam dilupakan sahaja.......

sekarang hobi dah datang balikk...yeeeiihhaa...
malam tadi layan berenang kat Kompleks Renang UITM....dari rumah just abt 3 km ajer...ok la..
bayar pun RM 2 sahaja....so kira cukup murah for 2 hours...apa lagii...jadi dugong la dalam kolam.....gambar berenang??? illlekkkk la...kita layan gambar baju renang


Sunday, January 13, 2008

Pulangkan Sharline


Ia nya berlaku lagi...selepas kita dikejutkan dengan peristiwa demi peristiwa kehilangan kanak2 ..kini sharlinie pula ....Belum sembuh luka dan pilu rakyat Malaysia atas kehilangan yang membawa pembunuhan adik Nurin Jazlin...kini durjana itu mengulangi sifat kebinatangannya kembali..

Dimanakah lagi untuk anak2 kita bermain..Jika dibumi sendiri kita dibayangi manusia2 yang tidak berhati perut?


Marilah kita semua berdoa semoga adik Sharlinie akan ditemui dengan selamat...
Durjana itu dapat ditangkap...dan seterusnya di bawa ke muka pengadilan...

Friday, January 11, 2008

Salam Maal Hijrah1429

Dalam kerendahan hati......
Ada ketinggian budi............
Dalam kemiskinan harta....
Ada kekayaan jiwa..............
Dalam kelembutan lidah....
Ada ketelanjuran kata........
Dalam gurau dan senda......
Ada khilaf dan dosa.............
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429

Tahun baru hijrah , saya mendapat tempahan carrot cheese cake dari
Jabatan Sumber Manusia SUK Selangor....alhamdulillah ramai menyukai cheese cake saya
Kek ini dihias agak simple....kerana saya percaya disiplin makan kek bukan pada hiasan..tetapi more pada rasa...Pasti cheese lover bersetuju dengan saya...yukkk..mari kita tgk photonya...

Monday, January 7, 2008

minat vs seni




Membuat kek ini perlu satu minat,kemahiran dan ketelitian yang tinggi....
Kalau tiada ketiga2 perkara diatas maka kek yang dibuat hambar...
Seni membuat kek ini saya pelajari dari hubby yang memang pandai membuat kek ...
Kata org membuat kek kena tangan berseni...mmg betul.....tangan berseni untuk umpama satu bonus dalam industri ini..tapi dengan minat yang tinggi...insyallah..tangan yang keras pun akan berseni....hhmmm..hmm....tak percaya????? mahu cuba ka?.

Kedua-dua kek ini adalah order untuk majlis pertunangan..semoga akan kekal hingga je jinjang pelamin...




Kenapa dan Mengapa



Ada orang tanya npada aku kenapa aku harus berblog?


Jawapannya...aku suka...aku rela...dan aku mahu...


haaa..hhaaaa...hhaa


benar kata org blog adalah eksperesi diri......catatan yang akan disimpan dan dikenang...insyaallah........




Banyak benda yang ingin dkongsi bersama....


Tak kisah la blog aku dikunjungi org atau tidak...


yang penting kepuasan hati........